Sunday, January 17, 2010

GEMPA BUMI - PERINGATAN ALLAH

Gempa bumi berlaku lagi. Kini di Haiti pula. Jumlah kematian dianggarkan melebihi 100,000 manusia. Beberapa tahun lalu manusia dikejutkan dengan kematian yang besar dalam peristiwa Tsunami di Aceh, Sumatera. Semuanya adalah mesej dari Allah bahawa kiamat akan berlaku bila sampai masanya. Sebelum menjelang kiamat banyak peristiwa gempa bumi akan berlaku di mana-mana pelusuk dunia ini. Ingatlah kita akan berhadapan dengan akhirat dan semua manusia tidak akan terlepas dari hitungan Allah.

Kita ini adalah musafir dalam perjalanan pulang ke akhirat. Marilah kita mencari sebaik-baik bekalan sebagai persiapan untuk hidup yang kekal abadi. Sebaik-baik bekalan itu ialah taqwa kepada Allah (swt)