Tuesday, July 6, 2010

sakit ujian dari Allah

Sakit itu menderita jika ianya berterusan. Kadang-kadang menyusahkan orang lain jika tidak berupaya menyelesaikan sendiri. Tetapi dalam derita itu ada nikmat yang tinggi kerana memberi keinsafan tentang kelemahan dan kekurangan diri. Kita menjadi hampir dengan Allah swt. Dalam sakit kita banyak ingat pada Allah swt dan pergantungan kepadaNya tinggi. sakit mengingatkan kita pada mati. Kematian adalah perjalanan terakhir di dunia ini menuju pintu akhirat. Sakit mengajar kita hakikat kesabaran dan tawakkal. Ingatlah mati kerana ianya menjadi pendorong kepada peningkatan diri.
Losong Haji Long,
Kuala Terengganu.
7 Julai 2010

Tuesday, June 22, 2010

MALAYSIA NEGARA JUDI

Judi adalah punca segala jenayah. Tindakan kerajaan malaysia meluluskan lesen judi bola kepada syarikat perjudian telah mengundang pelbagai jenayah di negara ini. Indek jenayah yang meningkat setiap hari tidak dapat dibendung lagi dengan undang-undang sekular. Malaysia sedang menuju keruntuhan dn kehancuran. Ulamak-ulamak dalam kerajaan semunya menjadi syaitan bisu. Mereka tidak berani menasihati kerajaan. Mereka tidak menyatakan kebenaran sebagai kebenaran dan kebatilan sebagai kebatilan.

Thursday, May 20, 2010

PEMIMPIN PEKAK & ULAMAK BISU

Golongan rakyat yang bencikan maksiat telah membantah Perdana Menteri meluluskan lesen judi kepada sebuah syarikat perniagaan sempena perlawanan bola dunia di Afrika Selatan. Demontrasi besar-besaran telah diadakan di seluruh dan akan terus diadakan selagi lesen itu tidak ditarik balik.
Apa yang dikesali semua pemimpin Malaysia seperti orang pekak tidak mendengar bantahan rakyat yang cintakan kebaikan itu. Dari pemimpin JKKK di kampung sampailah kepada pemimpin tertinggi negara di Putrajaya terutamanya Perdana Menteri dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama tidak memberi respon terhadap bantahan itu.
Paling malang sekali golongan ulamak yang mempunyai otoriti seperti kadhi dan mufti menjadi syaitan bisu. Mereka tidak menegur pemimpin negara yang melakukan maksiat dan mencabar hukum Allah (swt). Kewibawaan mereka telah hancur dengan sikap membisu itu. Mana Syeikh Izzuddin Abdul Salam untuk bangun menegur pemimpin negara yang durhaka kepada Allah (swt).
Hamdan Muhammad
UKM, Bangi
21 Mei 2010

Wednesday, May 19, 2010

DOA SENJATA ORANG MUKMIN

Wahai anakku, bayakkan berdoa sama ada waktu susah atau waktu senang kerana doa itu senjata orang mukmin. Doa memberi kekuatan zahir dan batin. Doa mendekatkan dirimu dengan Allah (swt) dan membantu menyelesaikan masalahmu.
Nabi Daud (as) pohon 4 perkara kepada Allah (swt):
1. Lidah yang selalu berzikir
2. Hati yang selalu bersyukur
3. Diri yang sabar
4. Isteri yang membantu dalam urusan dunia & akhirat
Dia pohon perlindungan Allah (swt) dari 4 perkara:
1. Anak yang menguasai ayah
2. Isteri yang menyegerakan uban sebelum tiba masanya
3. Harta yang membahayakan
4. Jiran yang menutup kebaikan & mendedahkan keburukan
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi,
19 Mei 2010

GURU OH GURU

Rasulullah (saw) adalah guru bagi seluruh umat manusia. Jadi tugas guru adalah mulia kerana mereka mendidik manusia tunduk kepada Allah (swt). Berbahagialah guru yang berjaya mendidik muridnya menjadi insan yang bertakwa. Ganjaran guru yang berkerja dengan ikhlas untuk mengangkat mertabat manusia sebagai ahsani taqwim tidak boleh dinilai dengan emas dan permata. Balasannya di sisi Allah (swt) dengan pahala yang sangat mahal harganya.

Wahai guru, jangan kamu jadikan dirimu seperti lilin yang membakar diri, tetapi jadilah seperti matahari yang menerangi seluruh alam. Jangan ajar ilmu yang tidak berguna seperti ilmu sihir dan ajaran sesat kerana ianya membinasakan. Jangan ajar metos, legenda yang bayak terdapat dalam sastera Melayu kerana ianya melalai dan melekakan kamu. Syaitan berjaya jika ramai manusia leka.

Wahai anak-anakku, hargailah pengurbanan gurumu. Dia tidak perlu wang ringgitmu, tetapi dia mahu melihatmu menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Kejayaan di dunia bila kamu menghayati ilmu dengan ikhlas dan kejayaan di akhirat bila Allah (swt) meletakkan kamu di dalam syurga.

Marilah kita menjadi murid dan guru yang memberi sumbangan kepada kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi.
19 Mei 2010

Tuesday, May 18, 2010

Zina, Bunuh Bayi

Kes buang bayi hampir setiap hari disiarkan dalam akhbar tanahair. Ramai yang dibuang ditemui mati dan sedikit yang selamat. Perbuatan terkutuk itu adalah manifestasi sifat-sifat kebinatangan yang ada dalam diri manusia dan hilangnya ciri-ciri kemanusiaan. Anjing yang jijik itu menyayangi anaknya dan babi yang najis itu tidak bunuh anaknya.
Ingat! berzina merupakan dosa yang besar dan mebunuh bayi menambahkan lagi dosa dan laknat Allah (swt). Kenapa hari ini kes bunuh bayi menjadi-jadi. Sebabnya iman tidak ada dalam dada mereka yang terbabit. Mereka berani menceroboh larangan Allah (swt) kerana negara ini tidak ada pagar seperti babi menceroboh kebun yang tidak berpagar.
Orang berani melakukan kemungkaran kerana hukum Allah (swt) tidak dilaksanakan di Malaysia. Tidak ada jalan lain untuk menyelamatkan masyarakat dan negara melainkan tolak kerajaan yang memerintah sekarang dan ganti dengan kerajaan Islam. Kerajaan Islam belum wajud di Malaysia walaupun bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir telah mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam. Ayuh jangan berlengah berjuang menegakkan kerajaan Islam bersama-sama Parti Islam Se Malaysia (PAS)

Wednesday, February 3, 2010

KASIHANILAH MAKHLUK YANG LEMAH

Islam mengajar kita supaya mengasihi sesama insan. Jika kita tolong insan yang lemah, makhluk di langit mengasihi kita. Nabi Musa as berkata: "Ya Tuhan, sebab apakah engkau mengangkat aku sebagai pilihanMu?" Jawab Allah swt: "Kerana sayangmu kepada makhlukKu. Semasa engkau menggembala kambing Nabi Syuib as engkau mengejar kambing yang lari sampai lelah dan ketika berjaya ditangkap engkau dakap kambing itu sambil berkata: Hai miskin engkau telah melelahkan aku dan dirimu sendiri. Maka kerana kesayanganmu kepada makhlukKu aku pilih dan angkat engkau sebagai Rasul." Marilah kita didik diri kita menjadi se orang yang penyayang.
Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman,
Tok Jiring, Kuala Terengganu.
4 Feb. 2010