Tuesday, May 26, 2009

Jangan Terperangkap Dengan Kenduri

Cuti sekolah hampir tiba. Banyak kenduri kahwin diatur sampai tak mampu menghadiri kesemuanya. Kenduri biarlah dengan mengukur "baju dibadan sendiri". Jangan sampai berhutang kerana majlis dibuat secara besar-besaran. Pastikan niat mengadakan majlis itu untuk menjamu orang, bukan meraih wang dalam saku orang. Semoga majlis yang diadakan mendapat keberkatan dan keredaan Allah (swt). Elakkan pembaziran, riak, ujub dan lain-lain penyakit hati yang merbahaya. Buat kad jemputan harga mahal dan berbau wangi ada potensi dijangkiti penyakit tersebut. Tujuan kad jemputan adalah sekadar menyampaikan maklumat sahaja, bukannya bermegah!
Hamdan Muhammad,
Maahad Tahfiz & Tarbiyyah Darul Iman,
Tok Jiring, Kuala Terengganu.

Mantapkan Ukhwah, Kukuhkan Jamaah

Muktamar bukan tempat mencari pengaruh tetapi tempat memantapkan ukhwah dan mengukuhkan jamaaah. Jawatan adalah amanah, bukannya hadiah untuk melonjakkan kesombongan. Binakanlah pertandingan yang sihat bagi mencari keredaan Allah (swt). Muktamar merupakan amalan soleh yang akan dinilai sebagai ibadat oleh Allah (swt).
Hamdan Muhammad,
Maahad Tahfiz & Tarbiyyah Darul Iman,
Tok Jiring, Kuala Terengganu.

Tuesday, May 12, 2009

Perak Oh Perak

Krisis perlembagaan di Perak merupakan pertarungan antara kebenaran dengan kebatilan. Mahkamah dunia tidak membantu menegakkan kebenaran. Ingat kita semua akan diadili di mahkamah Ilahi yang penuh keadilan. Tegakkanlah kebenaran dan keadilan di mana sahaja kita berada. Berbahagialah orang berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan.