Tuesday, May 26, 2009

Jangan Terperangkap Dengan Kenduri

Cuti sekolah hampir tiba. Banyak kenduri kahwin diatur sampai tak mampu menghadiri kesemuanya. Kenduri biarlah dengan mengukur "baju dibadan sendiri". Jangan sampai berhutang kerana majlis dibuat secara besar-besaran. Pastikan niat mengadakan majlis itu untuk menjamu orang, bukan meraih wang dalam saku orang. Semoga majlis yang diadakan mendapat keberkatan dan keredaan Allah (swt). Elakkan pembaziran, riak, ujub dan lain-lain penyakit hati yang merbahaya. Buat kad jemputan harga mahal dan berbau wangi ada potensi dijangkiti penyakit tersebut. Tujuan kad jemputan adalah sekadar menyampaikan maklumat sahaja, bukannya bermegah!
Hamdan Muhammad,
Maahad Tahfiz & Tarbiyyah Darul Iman,
Tok Jiring, Kuala Terengganu.

1 comment:

  1. assalamualaikum abah..
    tahniah ats kemunculan blog abah..
    teruskan dengan tinta emas abah ye..
    doakan anakmu ini sentiasa!

    ReplyDelete