Wednesday, February 3, 2010

KASIHANILAH MAKHLUK YANG LEMAH

Islam mengajar kita supaya mengasihi sesama insan. Jika kita tolong insan yang lemah, makhluk di langit mengasihi kita. Nabi Musa as berkata: "Ya Tuhan, sebab apakah engkau mengangkat aku sebagai pilihanMu?" Jawab Allah swt: "Kerana sayangmu kepada makhlukKu. Semasa engkau menggembala kambing Nabi Syuib as engkau mengejar kambing yang lari sampai lelah dan ketika berjaya ditangkap engkau dakap kambing itu sambil berkata: Hai miskin engkau telah melelahkan aku dan dirimu sendiri. Maka kerana kesayanganmu kepada makhlukKu aku pilih dan angkat engkau sebagai Rasul." Marilah kita didik diri kita menjadi se orang yang penyayang.
Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman,
Tok Jiring, Kuala Terengganu.
4 Feb. 2010

Tuesday, February 2, 2010

GEMPA BUMI, AMARAN ALLAH...

Gempa bumi di Haiti baru-baru ini telah mengurbankan ratusan ribu manusia, termasuk orang-orang Islam yang tinggal di negeri itu. Sebelum ini telah berlaku banyak gempa bumi seperti di Iran, Turki, Indonesia dan lain-lain. Dalam al Quran Allah memaparkan kisah umat Nabi Saleh dan kaum Nabi Lut yang durhaka kepada Allah (swt). Mereka menyembah berhala, merompak, berzina di luar tabie dan mebunuh dengan kejam. Allah menghukum perbuatan keji mereka itu dengan menjatuhkan ke atas mereka batu dan tanah yang keras. Allah juga menghantar kepada mereka angin sejuk yang kuat dalam masa lapan hari tujuh malam sahaja sehingga mereka mati bergelimpangan seperti pokok kurma yang tumbang. Kepada kaum Nabi Nuh Allah hantar banjir yang besar sehingga kaum yang durhaka itu ditelan banjir tersebut. Semua kisah-kisah itu untuk menjadi iktibar kepada kita supaya tidak melakukan kemungkaran, kezaliman, kesyirikan dan lain-lain perbuatan durhaka kepada Allah. Ingatlah sejarah sentiasa berulang...

Kembalilah Kepada Hukum Allah

Indek jenayah yang semakin meningkat di Malaysia adalah manifestasi kegagalan undang-undang ciptaan manusia. Indek itu akan terus meningkat jika tidak kembali kepada hukum Allah yang serasi dengan fitrah manusia. Hukum Allah ada bersifat " Nakalan Min Alah" iaitu pencegahan dari Allah. Sudah sampai masanya kerajaan Malaysia mendaulatkan undang-ndang Islam bagi menyelesaikan masalah yang berlaku. Berilah laluan kepada kerajaan Kelantan melaksanakan hudud di negeri itu supaya dapat dilihat perbezaannya dari segi keberkesanan dengan undang-undang manusia.
Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman,
Tok Jiring, Terenganu.
3 Feb. 2010