Wednesday, May 19, 2010

GURU OH GURU

Rasulullah (saw) adalah guru bagi seluruh umat manusia. Jadi tugas guru adalah mulia kerana mereka mendidik manusia tunduk kepada Allah (swt). Berbahagialah guru yang berjaya mendidik muridnya menjadi insan yang bertakwa. Ganjaran guru yang berkerja dengan ikhlas untuk mengangkat mertabat manusia sebagai ahsani taqwim tidak boleh dinilai dengan emas dan permata. Balasannya di sisi Allah (swt) dengan pahala yang sangat mahal harganya.

Wahai guru, jangan kamu jadikan dirimu seperti lilin yang membakar diri, tetapi jadilah seperti matahari yang menerangi seluruh alam. Jangan ajar ilmu yang tidak berguna seperti ilmu sihir dan ajaran sesat kerana ianya membinasakan. Jangan ajar metos, legenda yang bayak terdapat dalam sastera Melayu kerana ianya melalai dan melekakan kamu. Syaitan berjaya jika ramai manusia leka.

Wahai anak-anakku, hargailah pengurbanan gurumu. Dia tidak perlu wang ringgitmu, tetapi dia mahu melihatmu menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Kejayaan di dunia bila kamu menghayati ilmu dengan ikhlas dan kejayaan di akhirat bila Allah (swt) meletakkan kamu di dalam syurga.

Marilah kita menjadi murid dan guru yang memberi sumbangan kepada kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi.
19 Mei 2010

No comments:

Post a Comment